Majlis Pelancaran Dayang 20 07 & Sambutan Hari Jadi Dayang
05-Sep-07 10:58:32 AM

Tempat: Planet Hollywood

Tarikh: 20 Julai 2007

Masa: 3pm - 6pm

 

Pada 20/07/07 yang lalu telah berlangsungnya satu majlis sidang akhbar dan pelancaran album terbaru Dayang Nurfaizah 'Dayang 20 07' di Planet Hollywood, Kuala Lumpur. Majlis yang diacarakan oleh KC Ismail, telah mendapat sambutan yang agak menggalakkan dari pihak media.

Majlis yang bermula sekitar 3.30 petang itu, dimulakan dengan tayangan video klip Ingin Ku Miliki dan diikuti dengan kemunculan  Dayang dengan mendendangkan 4 buah lagu dari Dayang iaitu Cerita Cinta Dayang, Hanya Padamu, Tiba-tiba & Hilang .

Majlis terus disambung dengan kata-kata aluan dari Dayang sendiri dan diikuti dengan kata-kata aluan dari Ketua Bahagian Melayu NSR, En. Anthony Gan. untuk menghargai kesemua pihak yang telah terlibat di dalam pembikinan album Dayang 20 07, Dayang dan pihak NSR telah berbesar hati memberi penghargaan kepada produser, komposer, penulis lirik dan sponsor-sponsor yang telah menyumbang untuk majlis petang itu.

Sempena hari jadi Dayang yang jatuh pada 20 Julai, telah berlangsungnya sambutan kecil-kecilan hari jadi Dayang. 

 
 
Majlis Sidang Akhbar dan Pelancaran Album Bob KU2 & The Brudu: Ini Baru Rock
23-Apr-07 9:52:54 AM

Tempat: Hard Rock Cafe

Tarikh: 18 April 2007

Masa: 3pm - 6pm

Pada 18/4/07 yang lalu telah berlangsungnya satu majlis sidang akhbar dan pelancaran album kumpulan Bob KU2 & The Brudu di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur. Majlis yang diacarakan oleh Kieran, telah mendapat sambutan yang agak menggalakkan dari pihak media.

Majlis yang bermula sekitar 3.30 petang itu, dimulakan dengan persembahan dari kumpulan Bob KU2 & The Brudu. Mereka telah menghiburkan para hadirin dengan 3 buah lagu iaitu Aku, Me & Myself, Mamabeta, dan Hai Obat!

 

Selepas itu majlis diteruskan dengan kata-kata aluan dari pengacara majlis dan diikuti dengan kata-kata aluan dari kumpulan BobKU2 & The Brudu. Umi dari Gitu-Gitu Production, telah mewakili Saiful Apek untuk memberi ucapan. Kata-kata aluan diteruskan dengan kata-kata aluan dari Ketua Bahagian Melayu NSR, Mr. Anthony Gan.

 

Pihak NSR telah berbesar hati dengan memberi penghargaan kepada pihak sponsor, Coronade Hotel & Mascafe serta artis-artis yang telah terlibat dengan pembikinan album ini. Cenderahati yang berupa frame yang ditandatangani oleh ahli kumpulan itu sendiri adalah untuk menghargai pihak-pihak yang telah menyokong album itu.

 

 

 
 
Majlis Sidang Akhbar & Pelancaran Album ABoi
12-Mar-07 4:15:33 PM
 
 
Bawang Merah Bawang Putih VCD Launching
12-Dec-06 4:20:36 PM

Kerana sambutan yang menggalakkan dari para peminat siri popular Bawang Merah Bawang Putih(BMBP), TV3 dan NSR telah mengambil kesempatan membawa pelakon-pelakon BMBP, Dimaz Andrean (Ferdi), Revalina S.Temat (Alya/Bawang Putih), dan Helsy Herlinda (Rika) turun ke Malaysia. NSR telah mengambil kesempatan ini untuk melancarkan VCD BMBP Box 1&2.

Ketiga-tiga pelakon siri itu telah berada di Malaysia selama empat hari iaitu dari 9-11 Nov dalam mempromosikan siri itu di TV3 serta mempromosikan VCD BMBP. Pelbagai program yang telah diaturkan oleh pihak TV3 dan NSR sepanjang lawatan mereka ke Malaysia. Antaranya adalah kemunculan di rancangan Wanita Hari Ini dan Malaysia Hari Ini.

Pada 9 Nov telah diadakan satu sidang akhbar oleh pihak TV3 serta pelancaran VCD BMBP Box 1&2 oleh Dimaz dan Helsy di Sri Pentas, TV3. Kemudian diikuti dengan sesi bertemu peminat di perkarangan Sri Pentas dan amat mengejutkan sambutan yang diterima adalah amat memberangsangkan.

Pelakon-pelakon BMBP juga telah membuat kemunculan istimewa di Karnival Jom Heboh di Shah Alam pada 9&10 Nov. Kemunculan mereka telah menarik beribu-ribu peminat menyerbu gerai di karnival itu.

Pada malam 10 Nov, telah diadakan satu makan malam bersama TV3 dan NSR serta sidang media khas.

 

Archive
   l   Home   l   New Release   l   News/Activity   l   Artist/Album   l   Juara Karaoke   l   Movie/Drama Series    l
l   Download   l   Forum   l   Hitz City   l   Online Store   l   Studio   l   About NSR   l   Contact Us   l   
  l   Feedback Form   l   Privacy Policy   l